Sabtu, 3 April 2010

RIBUT DI PARIT HAJI AMIN

|

Minggu lepas kita dikejutkan dengan tragedi ribut yang berlaku di kawasan Panchor,hari ini musibah itu telah melanda pula di kawasan Parit Haji Amin,Jalan Kuala Kurau.Dari pemantauan secara kasar,4 buah rumah telah terkena musibah ini an kesemuanya rosak di bahagian bumbung.Yang paling teruk terkena musibah ini adalah rumah En Saini B Kachil,53.Menurut beliau,pada mulanya hujan turun dengan lebat dan kemudiannya secara tiba-tiba bumbung rumahnya telah diangkat dan diterbangkan angin.Kejadian ini berlaku kira-kira pukul 4 petang.Selain daripada itu,sebuah lagi rumah yang agak teruk dilanda ribut adalah rumah Halijah Bt Yusof,71.Ketika tragedi berlaku halijah sedang berehat bersama-sama keluarga dan kemudiannya dia dikejutkan dengan bunyi yang kuat dan hanya mampu melihat bumbung dibahagian dapur rumahnya diterbangkan angin.

Walaupun kawasan Parit Haji Amin ini bukan di bawah DUN Semanggol,tetapi memandangkan YB Ramli juga merupakan YDP PAS Kawasan Bagan Serai,jadi kawasan yang mana dibawah Parlimen Bagan Serai juga dibawah pemantauan beliau.YB Ramli meminta supaya semua yang terlibat bersabar dan pihak YB akan cuba mendapatkan bantuan.Bantuan individu juga dialu-alukan.Terima kasih YB ucapkan kepada Cikgu Aziz di atas maklumat yang diberikan.

0 ulasan: