Isnin, 12 April 2010

PROGRAM KEMASYARAKATAN AMAL NISA' BAGAN SERAI

|

11.4.2010 Kampung Tua; Program Kebajikan Amal Nisa' Bagan Serai dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Kawasan Bagan Serai serta Muslimat PAS Cawangan Kampung Tua. Program Gotong royong membersihkan kawasan rumah puan Azinah Omar yang mengidap penyakit Barah pangkal rahim. Puan Azinah yang tinggal bersama anak saudaranya yang masih belajar di GiatMara Bagan Serai telah lama mengidap penyakit tersebut kini telah 12 kali menjalani Kimoterapi dan kini tidak mampu melakukan kerja-kerja berat. Menurut Setiausaha Nisa' Bagan Serai, Cik Anafieda Othman, program ini dijalankan memandangkan kepada keadaan rumah puan Azinah yang tidak terurus disebabkan ketidakupayaan puan Azinah melakukan kerja-kerja berat. Setelah mendapat maklumat dari Muslimat PAS Cawangan Kampung Tua, maka Nisa' Bagan Serai bersama Muslimat merancang program gotong royong ini bagi membantu membersihkan kawasan rumah puan Azinah. YB dimaklumkan perkara ini tetapi disebabkan ada program lain maka YB tidak berkesempatan menghadirkan diri, walaubagaimana pun YB mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Nisa' Bagan Serai, Dewan Muslimat PAS Bagan Serai serta Muslimat PAS Cawangan Kampung Tua yang perihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat khususnya didalam DUN Gunong Semanggol.

Setiausaha Nisa' Bagan Serai Cik Anafieda menyampaikan sumbangan kepada Pn Azinah

Nisa' Bagan Serai bergambar bersama Mak Long Halimah yang sama-sama menyertai program gotong royong tersebut walaupun usia beliau melebihi 70 tahun.

0 ulasan: