Selasa, 6 April 2010

PESAWAH DAN PENDUDUK PANCHOR BISING LAGI!!!

|

Sebentar tadi YB Ramli baru pulang selepas meninjau masalah penduduk di Taliair Panchor Kanan.Kali ini mereka mengadu mengenai kesukaran mereka untuk menyirak padi dan kebimbangan mereka terhadap banjir yang mungkin akan berlaku.Di kampung ini,terdapat sebuah parit buang yang berperanan seperti longkang besar yang mengalirkan air terus ke sungai besar.Menurut Haji Abu Hassan B Haji Ghazali,60,masalah yang timbul sekarang adalah pengaliran air di parit buang itu sangat perlahan dan paras air di parit itu,semakin hari semakin naik bila tiba musim hujan.Setelah dikaji,beliau mendapati,masalah ini berpunca dari pintu air yang terlalu kecil yang menghalang kelancaran air dibuang ke sungai.Jika perkara ini tidak diselesaikan,kemungkinan banjir boleh berlaku.Selain daripada itu,kesukaran untuk menyirak padi juga adalah masalah yang dihadapi pesawah-pesawah termasuklah Haji Abu Hassan sendiri.Kebiasaannya,jika air di petak sawah terlalu dalam,mereka akan membuka palong air dan kemudiannya air lebihan di petak sawah akan mengalir keluar ke parit buang dan seterusnya dialirkan terus ke sungai besar.Tetapi,apa yang berlaku sekarang ialah paras air di parit buang sudah separas dengan batas sawah,jadi mana mungkin air lebihan sawah akan mengalir keluar.Setelah berbincang dengan YB Ramli,jadi pesawah-pesawah dan penduduk di sini meminta supaya pihak JPS memasang gelung tambahan di kiri dan kanan pintu air untuk melancarkan pengaliran air di parit buang dan juga meminta pihak JPS supaya mengorek kembali mana-mana bahagian parit buang yang semakin cetek dan sempit.

Contoh parit yang dikorek tapi hanya tak sampai suku dari panjang asal parit buang

Contoh parit yang belum dikorek

0 ulasan: