Selasa, 16 Mac 2010

USTAZ RADHI DI DUN SELINSING DAN DUN SEMANGGOL

|

Penceramah jemputan untuk program kali ini adalah Ustaz Radhi yang dijemput khas dari Kedah.Beliau merupakan vokalis kumpulan rock yang pernah popular sekitar awal 90an iaitu kumpulan Melissa yang hit dengan lagu Cinta Untuk Nabila.Beliau kini bekerja di Jabatan Agama Islam Kedah selain berceramah di merata tempat.Program beliau bermula dengan kuliah Maghrib di PUPIS,Selinsing.Turut hadir dalam majlis ini adalah Adun Selinsing iaitu YB Haji Husin B Din.Selepas Isya' pula beliau bertolak ke Markas Pas Cawangan Kubu Gajah,Semanggol.Para Muslimin dan Muslimat setia menunggu kehadiran beliau.Pengerusi pada majlis ini adalah saudara Ahmad Farid B Salleh yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kawasan.Beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para penderma yang telah sudi memberi bantuan kewangan untuk mengubahsuai markas ini.Ucapan aluan seterusnya disampaikan oleh Hj Yusof B Hj Zainon merangkap Ketua Pas Cawangan Kubu Gajah,Semanggol.Beliau mengalu-alukan sumbangan lagi untuk menyempurnakan pengubahsuaian markas ini.Penceramah pertama adalah Ustaz Akmal Kamarudin.Beliau menceritakan sedikit sebanyak mengenai isi-isu semasa yang heboh diperkatakan. Kini tibalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu penceramah jemputan menyampaikan ceramah beliau.Sebagai permulaanUstaz Radhi menceritakan kisah lama beliau sebelum dan sesudah menjadi artis hinggalah membawa beliau ke dunia sekarang.Terlalu banyak kisah beliau yang boleh dijadikan teladan termasuklah dunia artis yang kebanyakan membawa kelalaian.Beliau juga turut menyelitkan ceramah beliau dengan mendendangkan lagu Cinta Untuk Nabila.Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar dan program ini tamat lebih kurang pada pukul 12 malam..Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini.


0 ulasan: