Selasa, 30 Mac 2010

SUASANA LUAR SUK PERAK SEMPENA SIDANG DUN PENGGAL PERTAMA 2010

|

Hari ini 30hb Mac 2010,merupakan hari upacara perasmian mesyuarat DUN Perak penggal pertama kali ke 12.Majlis ini diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan,Ipoh.Berikut adalah gambar-gambar sebelum dan selepas majlis tamat.Gambar-gambar ini adalah di luar bangunan SUK memandangkan hanya media rasmi kerajaan yang dibenarkan masuk.

PUKUL 0730 PAGI :Sekatan di laluan masuk Ipoh Raya

PUKUL 0800 PAGI:Suasana luar bangunan SUK

Ustaz Noradli Musa dan Ustaz Abu Bakar Chik turut hadir memberi sokongan

PUKUL 0835 PAGI:ADUN2 PR berhimpun dihadapan Wisma DAP

PUKUL 0840 PAGI:ADUN2 PR bergerak menuju bangunan SUK

PUKUL 1100 PAGI:ADUN2 PR keluar dari bangunan SUK setelah sidang ditangguh keesokan harinya

ADUN2 PR berehat sebentar dibawah Pokok Demokrasi sambil mengimbau sejarah yang lalu "Sidang DUN Bawah Pokok"...

Kaki-kaki provokasi dari puak-puak yang dengki dan busuk hati

DS Nizar dan YB Ramli saling tersenyum memperkatakan sesuatu di Wisma DAP

Insyaallah,esok semua Adun-adun PR akan menghadiri sidang bagi membahaskan perkara yang berkaitan.Sama-samalah kita berdoa supaya semuanya berjalan lancar dan tiada perkara yang buruk berlaku.Walaubagaimanapun untuk hari ini,masih ada juga sekatan-sekatan di dalam SUK yang dilakukan oleh pihak polis.Apa lagi yang polis hendak dari pimpinan kita??Bukankah baju Speaker sudah mereka rampas???

0 ulasan: