Isnin, 8 Mac 2010

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI KELAB PENYOKONG PAS BAGAN SERAI

|

Pada 28hb yang lalu YB Ramli dan isteri Puan Hjh Latifah telah hadir ke kelab penyokong PAS di Jalan Market Bagan Serai kira-kira pukul 3 petang.Turut hadir sama adalah YB Hj Husin,En Mohd Nasib(Pengerusi Keadilan Bagan Serai),kaum muslimat dan juga kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Semanggol dan Dun Selinsing.Pertama sekali diagihkan air minuman kepada pejalan-pejalan kaki yang lalu di sekitar kelab.Kemudian tetamu yang hadir menjamu selera bersama-sama.Dan program terakhir adalah penyampaian sumbangan untuk kaum Cina yang kurang berkemampuan.Sumbangan disampaikan oleh YB Ramli dan YB Husin.

0 ulasan: