Jumaat, 19 Mac 2010

RUMAH KECIL...10 PENGHUNI...???

|

En Mohd Remli B Alang,46,bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di Laketown Bukit Merah dan mempunyai pendapatan sebanyak RM600 sebulan.Isterinya,Puan Hamisah Bt Baie,42,hanyalah seorang surirumah sepenuh masa.Mereka dikurniakan 8 orang cahaya mata dan 7 darinya masih di bangku sekolah.Untuk menambahkan pendapatan,Remli membuat kerja-kerja sawah padi yang dapat memberikan beliau pendapatan sebanyak lebih kurang RM450 semusim.


Apa yang menjadi masalah di sini adalah rumah Remli terlalu kecil,dan mereka sepuluh beranak tinggal di rumah itu yang hanya ada sebuah bilik tidur!!!...Remli memohon supaya dapatlah kiranya pihak yang bermurah hati ingin membantu beliau dari segi kewangan untuk membesarkan rumah kecil ini untuk keselesaan mereka sekeluarga.Bukannya Remli pohon untuk dibina banglo mewah,cukuplah sekadar dapat merasa hidup selesa.YB Ramli menggesa mana-mana badan kebajikan yang mempunyai peruntukan ataupun dana untuk pembinaan rumah sila tampil dan membuat lawatan seterusnya dapat mendalami masalah Remli secara berdepan.Dan juga kepada individu-individu serta kontraktor-kontraktor yang kaya raya,diminta juga untuk tampil dan memberi bantuan kepada keluarga ini dan juga keluarga daif yang lain.Janganlah "pilih bulu" sangat jika hendak berbuat kebajikan,yang pastinya setiap kebajikan ada balasnya...Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui..Wallahualam...

0 ulasan: