Ahad, 7 Mac 2010

POLITIK,POLITIK JUGA...KERJA TETAP JALAN...

|

Walaupun sejak 3,4 hari ni YB agak sibuk dan ditambah pula dengan kes MP Bagan Serai melompat parti akan tetapi YB tetap ingat prihatin kepad yang memerlukan kerana YB sedar rakyat yang memilih beliau untuk menjadi seorang wakil rakyat.Petang tadi YB Ramli dan YB Husin telah meluangkan masa menyampaikan sumbangan kepada seorang penduduk di Permatang Pasir,Semanggol yang telah terkena stroke.Sumbangan adalah berupa sebuah kerusi roda.En Mohd Ha B Abu,57 telah mengalami stroke sejak 3 minggu yang lepas.Menurut isterinya,Puan Embun Bt Rashid,56 suaminya sebelum ini bekerja sebagai tukang masak di Pusat Latihan Khidmat Negara(PLKN) Kampung Selamat.Manakala Puan Embun hanyalah seorang surirumah sepenuh masa.YB berharap pihak Baitulamal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) dapat memberi bantuan bulanan untuk mengurangkan beban keluarga ini.

0 ulasan: