Khamis, 25 Mac 2010

MUSIBAH DI PANCHOR,BUKIT MERAH

|

Lebih kurang 10 buah rumah telah rosak akibat terkena pukulan ribut di kawasan Panchor,Bukit Merah.Paling kritikal adalah rumah Hj Sabran B Hj Mohamad,71 yang terletak di Jalan Taliair Panchor Kanan(Gambar atas).Hampir keseluruhan bumbung rumahnya diterbangkan angin kencang.Ketika kejadian tersebut beliau berada di tingkat bawah rumahnya dan secara tiba-tiba beliau mendengar bunyi yang kuat dan berasa pelik kerana melihat air hujan mengalir turun dari lantai tingkat atas.Terus saja beliau bergegas ke tingkat atas dan terkejut melihat bumbung rumahnya telah diterbangkan angin.Ketika itu jam menunjukkan pukul 330 petang.Di Jalan Taliair Panchor Kanan ini terdapat 3 buah rumah yang terbabit dengan bencana ini.Dibawah ini adalah gambar-gambar rumah yang terkena ribut di Parit Satu,Padang Lalang.YB Ramli meminta supaya penduduk bersabar menghadapi musibah ini.Sesungguhnya apa yang berlaku pasti ada hikmahnya cuma Allah SWT saja yang tahu.Golongan yang sabar pasti mendapat keberkatan dunia dan akhirat.

0 ulasan: