Selasa, 9 Mac 2010

LAWATAN KE PPRT LEMBAH BERIAH

|

Lebih kurang pukul 10 pagi tadi YB Ramli memulakan sesi lawatan harian ke kawasan PPRT(Program Pembangunan Rakyat Termiskin) di Lembah Beriah.Lawatan ini adalah lawatan mengejut YB untuk meninjau keadaan penduduk di situ disamping ingin menyampaikan sedikit sumbangan.Bermacam persoalan yang diajukan oleh para penduduk kepada YB dan Alhamdulillah mereka berpuas hati dengan penjelasan YB.
Kebetulan dalam waktu yang sama pegawai Baitulmal turun ke PPRT untuk membuat pemeriksaan dan penilaian mengenai permohonan penduduk untuk membaikpulih rumah mereka.Jadi YB pun turut ikut serta dengan mereka.Pihak Baitulmal diketuai oleh En Hafiezi B Abd Karim meninjau lebih kurang 25 buah rumah berpandukan permohonan yang telah dibuat.
YB Ramli memuji pihak Baitulmal yang sudi turun dan membantu penduduk PPRT yang rata-ratanya berpendapatan sangat rendah.Paling sedih sekali ada sesetengah anak-anak penduduk di sini yang tidak bersekolah kerana ibu bapa mereka tidak mampu.YB berharap pihak terlibat memandang serius perkara ini.Mereka di sini sudah susah,janganlah disusahkan lagi mereka.Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin makin papa kedana!!!

0 ulasan: