Ahad, 7 Mac 2010

DEMONSTRASI LAGI BUAT SI KATAK...

|

Lebih kurang pukul 4 petang tadi,YB telah hadir ke satu lagi demonstrasi secara aman yang diadakan di rumah Paksu Karim di Sungai Bogak,Bagan Serai.Ini adalah kali kedua demonstrasi ini diadakan yang masih lagi mengekalkan tujuan untuk mendesak MP Bagan Serai yang telah melompat parti meletakkan jawatan beliau.Beliau perlu sedar bahawa ketika PRU 12 yang lalu,rakyat mengundi Barisan Alternatif di Bagan Serai bukanlah kerana beliau,tetapi kerana menyokong parti tersebut setelah mereka berasa sangat meluat dengan BN!!!Menyampah dengan janji busuk BN!!!.Rakyat telah memberi mandat kepada beliau untuk memimpin dan menjaga rakyat Parlimen Bagan Serai akan tetapi "Harapkan Pagar,Pgar Makan Padi".Demonstrasi ini berakhir pada pukul 530 petang.YB mengucapkan terima kasih kepada beberapa orang pihak keselamatan yang turut hadir memeriahkan demonstrasi ini.

0 ulasan: