Ahad, 28 Mac 2010

ANWAR IBRAHIM DI ALOR PONGSU

|

Malam tadi satu program ceramah anjuran PKR Cabang Bagan Serai yang bertemakan "GEMPITA RAKYAT KE PUTRAJAYA" telah diadakan di Alor Pongsu.Program ini telah dipengerusikan oleh saudara Munawir merangkap Naib Ketua Cabang Bagan Serai.Penceramah jemputan utama adalah YB Dato Seri Anwar Ibrahim(MP Permatang Pauh),Ketua Pembangkang Parlimen dan juga merupakan Ketua Umum PKR.Selain itu,YB Ramli dan YB Husin selaku YDP dan TYDP Pas kawasan Bagan Serai turut hadir.Turut sama hadir adalah saudara Mustafa Kamil Ayub(Pengerusi PKR Perak),YB Dr Lee Boon Chye(MP Gopeng),YB Chan Ming Kai(Simpang Pulai),YB Chang Lih Kang(Teja),YB Kesavan(Hutan Melintang),saudara Badrul Hisham@Chegubard,AJK Sekretariat Pakatan Rakyat,AJK Kelab Penyokong PAS serta pimpinan-pimpinan parti yang lain.
Penceramah pertama disampaikan oleh YB Dr Lee Boon Chye.Beliau mengulas mengenai isu-isu semasa terutamanya mengenai kes liwat DS Anwar Ibrahim.
Penceramah seterusnya adalah YB Kesavan.Beliau menyampaikan ceramah dengan begitu bersemangat sehingga memukau para hadirin.
Seterusnya mikrofon diambil alih oleh Chegubard,seorang penceramah yang tidak asing lagi.Seorang penceramah yang hebat dan garang.Isi-isi kandungan ceramah beliau adalah berdasarkan fakta yang tepat.
Sejurus selepas itu,ketibaan DS Anwar Ibrahim.
Saudara Mustafa Kamil Ayub memberikan sepatah dua kata.
Sijil penghargaan dan kepujian kepada En Beh Heng Kin oleh PKR Bagan Serai di atas komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Rakyat.Sijil ini disampaikan oleh DS Anwar Ibrahim.
En Beh kemudiannya menyampaikan sebuah cenderahati kenang-kenangan untuk DS Anwar Ibrahim.
En Beh Heng Kin memberikan sepatah dua kata bersama dengan serangkap pantun yang membakar semangat dan menggamatkan suasana.Pantunnya berbunyi begini..

Dato Mat Kilau Pahlawan Terbilang
Dato Bahaman Pahlawan Sejati
Tidakku Hirau Kedukaan Mendatang
Sumpah Perjuangan Sampai Ke Mati!!!

Pelancaran program GEGAR!!!
DS Anwar Ibrahim memulakan ucapan....Semuanya berkisar tentang fitnah ke atas beliau dan pembohonagan serta penyelewengan pemimpin UMNO/BN...
Sesi bergambar DS Anwar Ibrahim bersama ahli-ahli Kelab Penyokong PAS Bagan Serai.
Majlis tamat pada pukul 12 tengah malam.Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar.

0 ulasan: