Isnin, 28 Disember 2009

ORANG MUDA GENG KITA

|


Program Orang Muda Geng Kita yang dilaksanakan oleh Dewan Pemuda PAS kawasan Bagan Serai mendapat sambutan yang menggalakkan. Program tersebut yang merupakan agenda DPPN negeri Perak yang bertujuan untuk menarik minat golongan muda mendekati pemuda PAS yang bukan semata-mata memfokuskan kepada isu-isu politik tetapi dalam semua aspek termasuk kebajikan, sukan dan kesenian. Program orang muda geng kita peringkat Kawasan Bagan Serai yang dilancarkan oleh Tuan guru Haji Hadi pada November lalu melibatkan pertandingan badminton, futsal dan persembahan malam kesenian Islam. Pertandingan badminton yang dilansungkan selama dua hari melibatkan pertandingan acara bergu menarik penyertaan lebih kurang 30 pasukan dari dari cawangan PAS di sekitar Bagan Serai dan telah diadakan di Dewan Ustaz Wahab Nor Masjid Tinggi.

Manakala bagi pertandingan Futsal pula yang diadakan pada 13hb. Disember 2009 melibatkan sebanyak 24 pasukan yang mewakili cawangan masing-masing juga dari sekitar bagan Serai. Sememangnya sukan Futsal menjadi pilihan ramai khususnya golongan muda kerana ia memerlukan kemahiran kesefahaman dan stamina yang tinggi dan pasukan yang memiliki perkara-perkara tersebut berhak menjadi juara.

Dalam pertandingan badminton, johan pertandingan telah disandang oleh PAS cawanganSimpang Lima, Naib Johan disandang oleh PAS cawangan ALlr Pongsu. Manakala tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh PAS cawangan Parit Mentara dan PAS cawangan Gunung Semanggol. Bagi pertandingan Futsal pula, johan dimenangi oleh PAS cawangan Pusat Bandar, tempat kedua dimenangi oleh PAS Cawangan Masjid Tinggi dan tempat ketiga dimenangi oleh JUStice FC yang mewakili Parti keadilan rakyat.

Kemuncak program Orang Muda Geng Kita ialah majlis penyampaian hadiah yang diserikan dengan persembahan Azhan Atan, Juara Akademi Nasyid musim pertama. Manakala hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YDP PAS Bagan Serai merangkap ADUN Gunung Semanggol yang telah meluangkan masa menjayakan masjlis tersebut.

YB Ramli menyampaikan hadiah kepada Johan Futsal

Johan Pertandingan bdminton



0 ulasan: