Khamis, 10 Disember 2009

KONVOKESYEN PASTI KAWASAN BAGAN SERAI MERIAH

|



Satu majlis Konvokesyen telah dilaksanakan oleh Lajnah PASTI Bagan Serai pada 15hb.November 2009 yang lalu yang mana ia bertujuan meraikan murid-murid PASTI yang akan meneruskan pembelajaran ke peringkat Sekolah rendah pada sesi 2010 akan datang. Seramai lebih kurang 200 orang pelajar PASTI yang berumur 6 tahun dari seluruh kawasan Bagan Serai , menerima sijil konvokesyen masing-masing yang telah disampaikan oleh YB Ramli bin Tusin selaku YDP PAS kawasan Bagan Serai dan Puan Hajjah Rohaya Bakar selaku Ketua dewan Muslimat PAS kawasan Bagan Serai. Majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah PASTI Ustaz Marul Hairi diserikan dengan pelbagai acara yang menarik seperti penyampaian khutbah nasyid, pidato, azan dan bacaan Al-Quran yang disampaikan oleh murid-murid PASTI sendiri. Ustaz Marul dalam ucapannya juga berharap agar ibu bapa-ibu bapa pelajar PASTI terus memberi sokongan kepada PASTI kerana PASTI merupakan satu-satunya Pusat Pendidikan PRA sekolah yang menerapkan pembelajaran dan pendidikan agama yang berkesan.

Menurut saudara Azara’ai selaku Ketua Lajnah PASTI Kawasan Bagan Serai, pada majlis Konvokesyen kali ini beliau meminta seluruh ibu bapa hadir sebagai tanda sokongan kepada anak-anak khususnya dalam menaikkan semangat untuk belajar. Sememangnya pada majlis konvokesyen kali ini ibu bapa pelajar PASTI hadir untuk menyaksikan anak masing-masing sehingga majlis selesai.

0 ulasan: