Khamis, 15 Oktober 2009

PROGRAM BADAN KEBAJIKAN DUN Gunung Semanggol

|

Satu siri ziarah Badan kebajikan DUN Gunung Semanggol di kawasan estet Batu 10, Gunung Semanggol telah diadakan pada 14 Oktober 2009 yang lalu. Program yang dilaksanakan adalah bertujuan menziarah kaum India serta menyampaikan sumbangan bagi membantu meringankan beban golongan miskin dari kaum India yang mana akan meyambut Depavalli tidak lama lagi.


Rombongan badan kebajikan seramai 7 orang telah disambut oleh wakil penduduk penempatan estet tersebut.Seramai 13 orang penduduk yang merupakan pekerja estet telah menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan barang keperluan harian daripada Badan kebajikan tersebut yang telah disampaikan oleh ADUN Gunung Semanggol, YB Haji Ramli bin Tusin. Menurut Puan Hamimah selaku pengerusi Badan Kebajikan DUN Gunung Semanggol, sumbangan tersebut adalah derma penduduk-penduduk dalam kawasan Gunung Semanggol dan kawasan sekitar. Beliau juga menjelaskan, program tersebut merupakan sebahagian daripada misi-misi badan kebajikan DUN Gunung Semanggol bagi membantu golongan miskin dan yang menghadapi kesusahan khususnya didalam kawasan DUN Gunung Semanggol.

0 ulasan: