Selasa, 6 Oktober 2009

Jamuan Aidilfitri PAS kawasan Bagan Serai

|


Walaupun "dilanda"demam Penamaan Calon Bagan Pinang, sesetengah kawasan terus mengidupkan cahaya Aidilfitri dengan mengadakan jamuan sempena Aidilfitri 1430H. Bagi PAS kawasan Bagan Serai, suasana semasa majlis Jamuan Aidilfitri pada 3hb. Oktober 2009 yang lalu masih sama seperti majlis-majlis jamuan sebelum ini. Dianggarkan seramai 2500 orang bertali arus membanjiri Dewan Ustaz Wahab Noor Masjid Tinggi seawal jam 10.30 pagi sehingga jam 2.30 petang. majlis dimulakan dengan tahlil yang diketuai oleh AF ustaz Abdul Halim Taib selaku Ketua Urusan Dewan Ulama' PAS kawasan Bagan Serai. Hampir kesemua AJK PAS kawasan, AJK Dewan Pemuda, Dewan Muslimat serta Nisa' kawasan hadir bertugas pada majlis tersebut. bagi urusan sambutan pula diketuai oleh YB Gunung Semanggol selaku YDP, YB Selinsing selaku TYDP, Naib YDB AF Ust. Sabri bin Sabran, Haji Yusof bin Zainon, Ketua DMPK Bagan Serai Puan Hajjah Rohaya Bakar serta beberapa AJK muslimat yang lain.

Menurut Saudara Arshad Alimin, selaku urusetia penyediaan jamuan, antara juadah yang disediakan ialah, pulut kukus, rendang ayam dan daging, nasi himpit, kuah kacang, mee dan kueh teow goreng serta nasi minyak dengan beberapa aneka lauk pauk. Beliau juga menjelaskan bahawa sebanyak 5-6 periuk nasi disediakan bagi menjamu hadirin yang hadir pada majlis tersebut.

kemeriahan majlis jamuan hari Raya juga dapat dirasai pada hari seterusnya iaitu pada hari Ahad apabila BAKTI singkatan kepada Balai Kuliah Tasawwur Islami yang dipimpin oleh Mantan Perseruhjaya PAS Perak Tuan Guru Haji Ahmad Awang, turut mengadakan jamuan Aidilfitri. Dianggarkan seramai 2500 telah hadir pada majlis tersebut. Antaranya ialah Persuruhjaya Pas Perak, AF ustaz Abu Bakar Hussin, YB Lubuk Merbau serta beberapa pimpinan pakatan rakyat dari kawasan-kawasan yang berhampiran.

0 ulasan: