Selasa, 8 September 2009

Sumbangan Raya UPU Masjid Tinggi

|

Satu Program penyampaian bantuan kepada fakir miskin ibu tunggal dan warga emas telah dilaksanakan oleh UPU Masjid Tinggi. Seramai 15 penerima telah menerima bantuan yang merupakan barangan dapur dan duit raya telah disampaikan oleh YB DS Ir. Haji Mohamad Nizar Jamaluddin pada program tersebut. Program tersebut merupakan kerjasama antara Jawatankuasa Masjid Al-Athar, Masjid Tinggi Bagan Serai dan UPU Masjid Tinggi.

Arshad Alimin selaku AJK program menjelaskan bahawa keseluruhan bantuan tersebut adalah sumbangan para penduduk di dalam kawasan UPU Masjid Tinggi. Secara kebetulan kawasan tersebut baru sahaja selesai menuai padi maka ada di antara penduduk-penduduk bermurah hati menginfaqkan hasil padi untuk disumbangankan kepada golongan yang kurang berkemampuan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Bagan Serai,ADUN Gunung Semanggol dan ADUN Selinsing. Selesai sahaja majlis penyampaian bantuan DS Ir. Nizar telah menyampaikan tazkirah ringkas sambil menunggu untuk berbuka puasa. Selesai mengimamkan solat maghrib Ds Ir. Nizar meneruskan program beliau iaitu solat Isyak dan Tarawih di Pusat Pendidikan Islam (PUPIS) dan seterusnya menyampaikan tazkirah perdana.

0 ulasan: