Rabu, 30 September 2009

Jamuan Aidilfitri ADUN Gunung Semanggol

|



Satu jamuan rumah terbuka Aidil Fitri telah diadakan oleh ADUN Semanggol, YB Haji Ramli Tusin di kawasan kediaman beliau di Taman Indah Jaya. Jamuan yang diadakan tersebut berlangsung dengan meriah dengan pelbagai hidangan yang disediakan. Antara yang dihidangkan cendol, Mee Kuah, rending, rojak serta perbagai hidangan yang lain. Dianggarkan lebih 2000 orang dari pelbagai kaum telah hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Bagi YB Haji Ramli, majlis tersebut bertujuan untuk meraikan semua penduduk-penduduk khususnya di kawasan DUN Gunung Semanggol sempena Syawal dan juga meraikan perkahwinan anak bongsu beliau, Husnul Fikri dengan Noraini binti Ali Nordin.

Antara jemputan yang hadir ialah mantan Persuruhjaya PAS Perak, Tuan Guru Haji Ahmad bin Awang, YAB Dato’Seri Ir.Haji Mohd Nizar Jamaludin,ADUN Selinsing, Yb Haji Husin Din, ADUN Titi Serong, YB Khalil Idham Lim, ADUN Kuala Sepetang, YB Tai, ADUN Lubuk Merbau , YB Haji Zainuddin, ADUN Changkat Jong, YB Anuar Sudin pimpinan pakatan rakyat kawasan Bagan Serai dan seluruh AJK PAS kawasan Bagan Serai.


Di kesempatan sempena lebaran yang menjelang yang tiba YB Haji Ramli sekeluarga memohon ribuan kemaafan di atas segala salah dan silap semasa menjalankan tugas selaku Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Gunung Semanggol lBeliau juga memohon maaf atas kesulitan serta kekurangan semasa majlis tersebut.

0 ulasan: