Ahad, 10 Mei 2009

Mesyuarat Agong PAS kawasan Bagan Serai kali ke 54

|

Mesyuarat Agong PAS kawasan Bagan Serai kali ke 54, telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamad Sabu pada 2hb.Mei 2009 yang lalu. pada majlis tersebut satu ceramah umum telah diadakan bagi menerangkan isu-isu semasa yang berlaku khususnya di negeri Perak. Walaupun telah dilanda hujan lebat, hadirin yang datang pada malam itu tidak berganjak dari tempat duduk untuk mendengar penjelasan 'Abang Mat' yang sememangnya lantang dan bersemangat. Sehinggakan bunyi titisan-titisan hujan lebat berjaya dikalahkankan oleh aura abang mat. Perkara yang disentuh dalam ucapan beliau adalah berkenaan tindakan pihak KUDETA yang cuba mengadakan sidang DUN tanpa persetujuan Speaker yang sah. Juga berkaitan tindakan cubaan KUDETA untuk menyingkirkan Speaker yang sah dan melantik speaker yang baru. Pada majlis perasmian tersebut juga telah diadakan penyampaian cek bantuan Palestin oleh YDP PAS kawasan Bagan Serai kepada Tuan Haji Mohd Sabu dan penyampaian cenderahati oleh Pengerusi Kelab Penyokong PAS kawasan Bagan Serai Kepada Tuan Haji Mohd Sabu.

Sementara itu, pada 3hb Mei 2009 pula,keputusan mesyuarat Agong, menyaksikan pengekalan kerusi YDP dan TYDP. Pada majlis tersebut Yang Berhormat Haji Ramli bin Tusin dan Yang Berhormat Haji Husin bin Din masih mendapat kepercayaan memegang jawatan sebagai YDP dan TYDP PAS kawasan Bagan Serai. Namun begitu, bagi kerusi NYDP, Setiausaha dan Bendahari menampilkan muka-muka baru. Ustaz Sabri bin Haji Sabran telah dipilih sebagai NYDP, Saudara Abdul Hamid bin Md. Isa selaku Setiausaha dan Tuan Haji Abdul Talib bin Ismail selaku Bendahari PAS kawasan. Masing-masing menggantikan Ustaz Rahmat bin Husin (NYDP) Haji Harun bin Abu Hasan (Setiausaha) dan Haji Sulaiman bin Zain (Bendahari) yang memohon untuk mengundurkan diri setelah lama berkhidmat untuk PAS kawasan Bagan Serai. Akan tetapi, mereka masih lagi disenaraikan sebagai AJK kerja PAS kawasan Bagan Serai bagi membantu menyumbang idea-idea bagi memantapkan lagi kekuatan PAS kawasan Bagan Serai. Mesyuarat yang bermula dari jam 9.00 pagi sehingga jam 6.00 petang berlangsung dalam keadaan tenang dan selesa. Lebih 300 perwakilan dan pemerhati telah hadir awal bagi mengikuti perjalanan mesyuarat Agong tersebut sehingga amat.


Bagi saf pimpinan Dewan Pemuda PAS kawasan Bagan Serai pula, menyaksikan Ustaz Mohd Zawawi bin Abu Hasan mengekalkan kerusi Ketua Pemuda manakala Ustaz Idris bin Ismail selaku Timbalan Ketua DPPK Bagan Serai. Hal yang sama juga berlaku dalam saf kepimpinan Muslimat PAS kawasan Bagan Serai apabila kerusi Ketua, Timbalan dan Naib ketua Muslimat tidak dipertandingkan yang menyaksikan Puan Hajjah Rohaya binti Abu Bakar, Puan Hindon binti Othman dan Puan Mokminah binti Tarmiji mengekalkan kerusi-kerusi tersebut.

0 ulasan: