Selasa, 19 Mei 2009

Komen Anda..

|

Assalamualaikum,

Terima kasih kepada semua yang telah memberikan pandangan dan kritikan terhadap saya terutamanya 'tanpa nama' yang banyak memberi komen yang bernas.Jutaan terima kasih saya ucapkan.
Saya juga amat berharap agar 'tanpa nama' dan sesiapa yang mempunyai idea yang bernas dapat tampil kehadapan supaya kita dapat membincangkan dengan lebih mendalam segala permasalahan yang diajukan demi kebaikan masyarakat setempat.Jika anda menghadapi masalah sila tinggalkan no telefon anda atau terus menyampaikan apa jua masalah yang anda hadapi di dalam blog ini.Insyaallah saya akan cuba meneliti dan cuba mengatasi masalah anda dalam kadar segera....
Saya amat berharap dengan cara ini golongan muda yang cerdik IT dapat menyampaikan masalah meraka dengan lebih cepat dan ianya juga dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan saya.
Saya dan rakan-rakan akan terus berusaha sedaya upaya kami untuk memberi perkhidmatan yang baik untuk penduduk-penduduk ADUN Gunung Semanggol.

Sekian.Terima Kasih

Yang Berkhidmat

Tuan Haji Ramli Bin Tusin

0 ulasan: