Selasa, 28 Oktober 2008

Lawatan Datin Seri Hajjah Fatimah binti Taat ke kawasan banjir di Kerian

|








Kehadiran rombongan isteri kepada Menteri Besar Perak, Datin Seri Hajjah Fatimah binti Taat ke kawasan banjir di Alor Pongsu dan Bagan Serai, memberikan satu suntikan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan tersebut. Seakan lupa seketika kepada situasi bencana tersebut mangsa-mangsa banjir begitu ceria dah berasakan kehadiran beliau menjadi pembakar semangat dalam mengharungi permasalahan yang dihadapi kerana banjir. Kehadiran Datin Seri Fatimah bin Taat diringi isteri Ahli-ahli yang Berhormat Bagan Serai (AP Bagan Serai,ADUN Gunung Semanggol, ADUN Selinsing dan ADUN Titi Serong) dan ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Perak tiba di Pejabat Penghulu Mukim Alor Pongsu dan disambut oleh Pegawai Daerah Kerian Encik Ismali bin Hassan dan isteri serta Penghulu Mukim, Encik Suhaimi bin Salim yang kemudianya memberi taklimat berkenaan situasi banjir yang berlaku dan punca-punca kepada kejadian tersebut.

Antara penerangan yang menarik perhatian ialah sememangnya kawasan daerah Kerian berada dibawah paras laut maka tidak hairanlah sekiranya berlaku hujan lebat yang ‘luar biasa’ maka kawasan Alor Pongsu yang mula-mula akan menerima kesan.Di tambah pula dengan kesan limpahan air yang berlaku di Daerah Selama dan juga negeri Kedah.

Rombongan Datin Seri’ juga dibawa melawat pusat pemindahan di Sekolah Alor Pongsu dan Sekolah Kebangsaan Bagan Serai dan beliau telah menyampaikan sumbangan peribadi dan Lajnah kebajikan DMP Perak kepada mangsa banjir. Datin Seri Fatimah juga mengambil kesempatan melawat kawasan yang ditenggelami air di Beriai dan menaiki bot untuk melihat rumah yang ditenggelami air dari dekat.

Sebagai penutup tirai lawatan beliau ke Kerian, Datin Seri dan rombongan diraikan dalam majlis jamuan Aidil Fitri PAS cawangan Kubu Gajah dan beliau disambut oleh Ketua Pas Cawangan Kubu GajahHaji Yusuf bin Haji Zainon dan Isteri Hajjah Rohana bin Muhammad. Pihak Pusat Khidmat bagan Serai mengucapkan Jazakallah Kharian Kathira kepada PAS Kawasan Bagan Serai, Pejabat Daerah Kerian,Pejabat Penghulu Alor Pongsu, Anggota Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Pegawai dan Anggota 9 Rejimen Renjer Diraja dan Ketua-ketua kampung kerana memberi kerjasama dalam program tersebut.

Khamis, 23 Oktober 2008

BANJIR DATANG LAGI.....

|


Bagi penduduk kawasan Bukit Merah dan Alor Pongsu, hujan lebat yang berterusan mengundang pelbagai persoalan dalam fikiran mereka. Ini kerana sudah menjadi kelaziman apabila fenomena ini melanda terutamanya pada hujung tahun, penduduk-penduduk akan mula melakukan persediaan untuk berpindah ke puast pemindahan banjir. Pada tahun ini sahaja sudah dua kali mereka terpaksa berpindah.

Kali pertama ketika umat Islam meraikan ketibaan Ramadhan 1429H, penduduk-penduduk di kawasan tersebut dan kawasan berhampiran terpaksa meninggalkan rumah dan tinggal sementara di pusat-pusat pemindahan banjir dan kali kedua ialah pada 18 Oktober yang lalu ketika umat Islam masih lagi merasakan bahang Syawal. Pun begitu, mereka tetap bersyukur kerana masih lagi boleh merayakan Syawal dirumah masing-masing seakan-akan fenomena tersebut memberikan ‘cuti raya’ kepada penduduk-penduduk di kawasan DUN Gunung Semanggol untuk meraikan Syawal yang mulia.

Pada kali ini banjir telah memaksa hampir 336 orang daripada 158 keluarga berpindah. Kini daripada empat pusat pemindahan yang dibuka, tinggal tiga yang masih beroperasi iaitu S.K. Alor Pongsu, S.K Bukit Merah dan S.K Bagan Serai manakala S.K Haji Dahalan telah ditutup pada jam 9.00 pagi (23.10.2008). Jawatankuasa Keselamatan Daerah bersama-sama ADUN Gunung Semanggol masih memantau keadaan semasa kerana hujan masih lagi turun.

Isnin, 13 Oktober 2008

Jamuan Aidil Fitri PAS Bagan Serai, ADUN Gunung Semanggol dan ADUN Selinsing

|



Majlis Rumah terbuka ADUN Gunung Semanggol dan PAS cawangan Taman Indah Jaya telah diadakan pada 11hb.Oktober 2008. Majlis tersebut diadakan bagi meraikan penduduk kawasan Taman Indah Jaya dan penduduk setempat. Majlis tersebut telah dihadiri lebih kurang 700 orang tetamu dan jemputan. antara menu yang disediakan ialah Nasi beriani, Kueh teow goreng, Mee Goreng, Lemang, Rendang dan yang menjadi perhatian ialah cendol.






Sementara itu pada 12hb. Okter pula telah diadakan Rumah terbuka PAS Kawasan Bagan Serai dan ADUN Gunung Semanggol serta ADUN Selinsing yang diadakan di Dewan Ustaz Wahab Nor, Markas PAS Bagan Serai, Masjid Tinggi Bagan Serai.Majlis yang diadakan secara gotong royong oleh penduduk kampung Masjid Tinggi dan Ahli-ahli PAS Kawasan Bagan Serai begitu meriah. Di anggarkan seramai 2000 ke 3000 orang terutamanya penduduk kawasan Bagan Serai dari semua lapisan masyarakat dan kaum telah hadir. majlis juga telah diserikan dengan dendangan nasyid oleh Kumpulan nasyid dari Ma'ahad Al-Ridhwaniah, Telok Medan Bagan Serai. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Exco Pemuda PAS Negeri Perak merangkap Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak Muhammad K.Y. Tiang, ADUN Bercham YB Sum Cheok Leng dan Ahli Kelab Penyokong PAS kawasan Bagan Serai.Sekalung taniah dan ucapan Jazakallah Khairan Kathira di ucapan kepada Pengarah Program dan Jawatankuasa Program, AJK PAS kawasan dan semua petugas yang bertungkus lumus melaksanakan program tersebut.