Isnin, 3 November 2008

MANGSA BANJIR TERUS MENDAPAT PEMBELAAN

|

Bagan Serai, 01.11.2008. Mangsa banjir di Daerah Kerian terus mendapat pembelaan dari kerajaan negeri Pakatan Rakyat, hari ini mangsa banjir yang berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir mendapat sumbangan dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) berupa wang tunai bagi meringan beban kerugian yang ditanggung oleh mangsa. Penolong Setiausaha MAIPK Tuan Mohd Haidi bin Sulaiman, selaku wakil dari MAIPK turut hadir bersama. Seramai 131 keluarga yang berpindah menerima sumbangan tersebut dari Penolong Setiausaha MAIPKdan YB Adun Gunong Semanggol. Turut menyampaikan sumbangan tesebut ialah YB Ahli Parlimen Bagan Serai. Turut hadir dalam majlis tersebut Pegawai Baitulmal Bagan Serai, Penghulu-Penghulu Mukim yang terlibat dan Ketua-Ketua Kampung.

Majlis penyerahan sumbangan ini telah diadakan di dua tempat iaitu di Masjid Daerah Bagan Serai bagi kawasan Alor Setanggok dan Sungai Bogak dan satu lagi di Dewan Orang Ramai Alor Pongsu bagi kawasan Alor Pongsu dan Bukit Merah. Kesemua mangsa atau wakil telah hadir menerima sumbangan tersebut.

Dalam ucapan ringkas YB Adun G. Semanggol, beliau mengingatkan kepada semua mangsa agar bersabar menghadapi ujian ini dan menekankan bahawa setiap musibah ada hikmahnya. Berusahalah untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dan jangan lalai dari mengerjakan segala suruhanNya. Usaha-usaha dari kerajaan negeri sedang dibuat bagi mengatasi masalah ini yang telah berlarutan sejak sekian lama.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada MAIPK dan Baitulmal yang sudi menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir khususnya di daerah Kerian ini.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh Penghulu mukim Beriah.Moga Allah S.W.T mengurniakan rezeki yang melimpah dan diberkati kepada Kerajaan negeri Perak…..

0 ulasan: