Khamis, 23 Oktober 2008

BANJIR DATANG LAGI.....

|


Bagi penduduk kawasan Bukit Merah dan Alor Pongsu, hujan lebat yang berterusan mengundang pelbagai persoalan dalam fikiran mereka. Ini kerana sudah menjadi kelaziman apabila fenomena ini melanda terutamanya pada hujung tahun, penduduk-penduduk akan mula melakukan persediaan untuk berpindah ke puast pemindahan banjir. Pada tahun ini sahaja sudah dua kali mereka terpaksa berpindah.

Kali pertama ketika umat Islam meraikan ketibaan Ramadhan 1429H, penduduk-penduduk di kawasan tersebut dan kawasan berhampiran terpaksa meninggalkan rumah dan tinggal sementara di pusat-pusat pemindahan banjir dan kali kedua ialah pada 18 Oktober yang lalu ketika umat Islam masih lagi merasakan bahang Syawal. Pun begitu, mereka tetap bersyukur kerana masih lagi boleh merayakan Syawal dirumah masing-masing seakan-akan fenomena tersebut memberikan ‘cuti raya’ kepada penduduk-penduduk di kawasan DUN Gunung Semanggol untuk meraikan Syawal yang mulia.

Pada kali ini banjir telah memaksa hampir 336 orang daripada 158 keluarga berpindah. Kini daripada empat pusat pemindahan yang dibuka, tinggal tiga yang masih beroperasi iaitu S.K. Alor Pongsu, S.K Bukit Merah dan S.K Bagan Serai manakala S.K Haji Dahalan telah ditutup pada jam 9.00 pagi (23.10.2008). Jawatankuasa Keselamatan Daerah bersama-sama ADUN Gunung Semanggol masih memantau keadaan semasa kerana hujan masih lagi turun.

0 ulasan: