Ahad, 21 September 2008

Ramadhan Bulan Berkebajikan.

|


Barisan kepimpinan BKAOI bersama YB.

20 Ramadhan 1429-Badan Kebajikan Am Orang-Orang Islam(BKAOI) Kg.Matang Gerdu,Bagan Serai,Perak ialah sebuah badan kebajikan yang ditubuhkan pada 1973 iaitu kira-kira 36 tahun yang lalu.BKAOI mempunyai ahli kira-kira 600 orang.Pada masa ini badan ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Jamil.

Menurut 'orang lama' BKAOI Ustaz Tuan Haji Yahaya Ismail yang juga merupakan setiausaha BKAOI,badan ini pada awalnya ditubuhkan sebagai badan yang menguruskan khairat kematian untuk penduduk Kg.Matang Gerdu sahaja tetapi ditukarkan kepada badan kebajikan am apabila keperluan masyarakat Islam semakin meningkat.Badan ini telah menjadikan Masjid Matang Gerdu sebagai pusat operasinya.





YB Tuan Haji Ramli Tusin menyampaikan bantuan.

Saban tahun BKAOI telah mengadakan pelbagai aktiviti bersempena bulan Ramadhan ini.Pada tahun ini seramai 16 orang daripada golongan anak yatim dan fakir miskin telah menerima BKAOI.Sebanyak RM3000.00 telah dikumpul dikalangan ahli-anli BKAOI dan orang ramai untuk disampaikan kepada golongan tersebut.

Pada tahun ini pihak BKAOI telah menjemputkan ADUN Gunung Semanggol merangkap YDP PAS Bagan Serai Tuan Haji Ramli Tusin untuk menghadiri majlis penyampaian bantuan anak yatim yang diadakan di Masjid Matang Gerdu,Bagan Serai,Perak.Pada majlis itu YB Haji Ramli,barisan kepimpinan BKAOI,AJK Masjid Matang Gerdu dan penduduk setempat telah bertahlil,berbuka puasa dan bersolat Maghrib bersama. end//


1 ulasan:

CERITA BONUS CNI berkata...

ok tu..teruskan usaha murni ini..