Selasa, 9 September 2008

MENTERI BESAR PERAK LAWAT 138 MANGSA BANJIR DI BUKIT MERAH

|



Bagan Serai, 9 September - ; Yang Amat Berhormat dato’ Seri Ir. Haji Muhammad Nizar bin Jamaluddin, meluangkan masa melawat mangsa banjir yang berlaku di kawasan Bukit Merah. Seramai 138 penduduk daripada 33 buah keluarga telah dipindahkan oleh agensi-agensi bantuan seperti JPA 3, Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, RELA dan beberapa agensi lain ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Merah. Pemindahan ini membabitkan Kampung Batu 38,39,40 dan kampong Ban Pisang.

Menurut jurucakap bilik gerakan, hujan yang berturutan selama dua hari telah menaikkan paras air kolam Bukit Merah ke paras membimbangkan iaitu 29.7meter . Hal ini telah menyebabkan pihak Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Kerian terpaksa membuka empat pintu air utama bagi mengurangkan tekanan untuk mengelakkan terjadinya perkara yang lebih buruk.


YAB Menteri Besar Perak juga sempat menghulurkan sedikit bantuan kewangan sumbangan kerajaan Negeri kepada penduduk-penduduk yang terlibat disamping memberi nasihat dan dorongan kepada murid-murid yang sedang menduduki peperiksaan UPSR di sekolah itu. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepaa agensi-agensi terbabit khususnya Pejabat Daerah Kerian kerana telah menjalankan tugs dengan baik.

0 ulasan: