Sabtu, 20 September 2008

BANTUAN MANGSA RIBUT

|

Khamis, 18 September 2008 ; Seramai 37 orang penduduk di kawasan DUN Gunung Semanggol yang menerima musibah daripada ribut yang berlaku pada pertengahan Ogos lepas telah menerima sumbangan daripada pihak kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah Kerian. Sumbangan berbentuk wang tunai telah disampaikan oleh Yang Berhormat ADUN Gunung Semanggol. Pada majlis tersebut beliau meminta agar penduduk yang terlibat agar bersabar dengan dugaan yang dihadapi. “Terdapat pelbagai dugaan yang dihadapi oleh umat Islam dalam kehidupan. Bagi kita dugaan seperti ini adalah kecil berbanding dengan dugaan dugaan yang perlu ditanggung oleh umat Islam di Negara-negara lain. Umpamanya di Plalestin, mereka dibelenggu dengan penindasan oleh rejim Zionis kerajaan Israel. Mereka terpaksa berjuang menghadapi tekanan dan serangan pada setiap masa dan ketika. Oleh yang demikian kita perlu lebih bermuhasabah dan menerima ketentuan Allah S.W.T. dengan hati yang tenang”. Majlis tersebut diteruskan dengan penyampaian watikah perlantikan Ketua Kampung oleh Pegawai Daerah Kerian Encik Ismail bin Hasan. Pada majlis tersebut kutua-ketua kampun dari mukim Selinsing dan Bagan Serai menerima watikah pelantikan tersebut.Turut hadir pada majlis tersebut ialah ADUN Selinsing, YB. Haji Husin bin Din, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dan penghulu-penghulu mukim yang berkaitan.

0 ulasan: