Rabu, 6 Ogos 2008

Sesi Dialog Bersama Exco Pertanian Di PPK Semanggol

|


3.Julai 2008-Pihak PPK Semanggol telah mengadakan satu sesi dialog bersama Exco Pertanian Negeri Perak iaitu YB Encik Jamaluddin bagi membolehkan pihak kerajaan Perak mendengar masalah-masalah yang telah sekian lama membelenggu para petani di daerah Kerian ini.

Turut sama menyertai sesi dialog ini ialah Tuan Pegawai Daerah Kerian Encik Ismail Hassan,Ahli Parlimen Bagan Serai Tuan Haji Mohsin Fadly,YB Gunung Semanggol Tuan Haji Ramli Tusin,YB Selinsing Tuan Haji Husin Din,YB Kuala Kurau Encik Yunus,YB Titi Terong Drs.Idham Lim dan Pengarah Jabatan-Jabatan Negeri Perak yang terlibat dengan pertanian.

Pelbagai soalan dan cadangan diajukan dan pihak Exco Pertanian Negeri Perak berjanji akan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh para petani tersebut.Sekian//

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

A'skum...
Exco Pertanian janji selesaikan masalah buleh ka?... Harga racun naik,baja naik,upah naik...dulu naik kereta, la ni moto pun qada naik.naik basikal je..
Ayuh berantakan ke permatang pauh.... naik basikal pun buleh sampai....